11 December 2010

??

ade mood laa ngntuk plak mate. ngade btul.. wah dah 4 bulan kat spital. pejam celik je. :) isnin ni doktor nk jahit balik. brape kali mau jahit da. kalo da jahit xleh lasak2 nnti koyak balik.. ni kali ke 5. adoihai.. penat laaa.. bnda leh setel sebulan jd smpai 4 bulan da nih, hurmm.. wait n see lah!

RILEK AJE!!

11 October 2010

ape?

org tnye aku sruh blog lame x blob. Aku pun rase cmtu jgk. Tp... Ape aku nk tulis? Ape aku nk tulis? Aku bru lps mkn kuey tiow pkul 2setgh pg. Kat spital x tdo2 lg tau la prangai aku nih. Tmbh2 plak kena neskepe o dr ptg td sbingkus. Mlm plak sbungkus ni pun x abis lg. Sbnar mate ngntul jgk. Dah dah xde pe aku nk citer. (sbnarnye kau yg ttup hati kau dr bcrita) stuju x?

04 August 2010

Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan

ya mu'id ya mu'id ya mu'id...

amin...

hospital rumah kedua

jd...... skrg aku kat spital... msalah teknikal... sbnarnye aku bleh elakkn tp tau la aku ni pmalas nmbor 1. hahahha. rasenye raye pun kat spital kot thun ni. x ksah la.. byk aku nk crita tp x pndai nk bcrita. smalam baru lpas kaunselor dtg tgk aku dan borak2.

yg pling bestnye.. tiap kali aku msuk spital msti ade kaunselor dtg tgk aku.. aku pun heran. hehehe.. mngikut ape kate2 dia dan pngalaman dia, dia kate aku ni garang,pmarah kire cpat mlenting la.. iye ke ? aku rase aku baik je prangai cam bdak2 ade la. student nurse kat sini pun kate aku gedik hihihihi..bese laaa nk ubah camne..

baru aku prasan aku jd seorang yg cpat mlenting slpas kmalangan. btul jgak ckp dia. akak arni namenye. dlm HKL ni ade 6 org je kaunselor. bruntung jgk aku dlm ribu2 org kat HKL ni, aku leh jumpe dia. doc yg refer...

dari riak wajah kamu.. snyum,ktawa..bborak cam bese.. tp sy prasan yg awk cuba mnafikn ssuatu. ya aku stuju. dlm hati sape yg tau..dia kate aku msih blum dpt trima keadaan aku skrg ni dn brasa kcewa. aku tau.. mmg btul ape dia ckp pun.

nnti dia akn jmpaaku lg. xpe.. truskn hidup.. Allah maha mengetahui ape yg tersurat dn tersirat.

otak da blur xtau cmne nk bcrita lg.

Rilek Aje.
x ksah la ape2

17 July 2010

Best

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

26 June 2010

tiada lagi

eumm.. nnti bniaga burger.. modal da ade.. umah da ade kunci je x dpat lg.. bengkel pun dkat situ jgak. tp.. tp.. huhuhuhu buleh ke aku melalui nya aku takut cuak jgak laa. rase x confident je. ade gak borak ngan ayah aku dia kate "xpe.. nnti da sbuk da bz msti rase sronok" dia cakap leh aaa. aku pun xtau aku l;eh bwak ke x ???
lpas tu ade lg plak tambah sesi terapi kat tmpat lain plak. woi gileeeee. penat pecah otot2 aku woiiii.. huhu rilek aje.. trase nk cari keta. bleh rayau2. yeahhaaaa.. 6 julai g spital buat bedah plastik.. eummm nk jmpa doktor gigi x jmpa2 lg. heheh gg aku blah kanan atas ni rase len mcam jek.

Rilek Aje

*mula2 tu rindu laaa jgak. tp skrg ok je*
*tipu.. kalo x xkan laa ko taip*
*kan? kan? logik x*

02 June 2010

menulis sbagai hobi

program tu dpanggil kembali bekerja, jd aku xleh amik mnulis. mnulis sbagai hobi. hobi camne nk mnulis x pndai. tu sbab blaja. arhh amik ape amik ape. >,<" pemakanan menjahit penjagaan awal kanak2 labuci kimpalan komputer henset sume x suke, minat bleh dpupuk. byk la ko bleh dpupuk. adess... jiwa aku melayu. aku anak melayu. aku asal dari tanah melayu.

Rilek aje.

28 May 2010

setiawan Perak

lpak ngan kwn smpai pkul 12. aku balik ingt nk trus tdo. asyik bgn lewat je. tp rilek punye rilek tgk bola plak, bgus la separuh mase. kalo x, x tdo lngsung aku. bile jam menunjukkn 3.30 pg baru otomatik mate aku jd berat. ishhkkk.. pkul 5.00 aku kena bgm bsiap plak nk g Perak. lpas subuh btolak. kjap je lelap dlam kereta, bgn2 da smpai kat Sungai Besar. isi minyak jap. kirim vitagen perut lapar woo. mkn nasi lemak lauk kerang :P~
mase da smpai aku tgh tdo. Setiawan. dkat Kg Koh. terapi mempositifkn aku. ilang lak laman web dia >,<" balik2 aku pun da penat jam tgh hari terik pkul 1. trnmpk org bekerja tgh2 pnas terik tgh tampal retak2 jalan. ishkk, syahdu aku. tegur org tua aku. "mmg bhgian dia" smpai kuala selangor aku ingat dorang nk balik da awk da penat da ni rupanye singgah umah kak siti. nnti kalo bengkel da bukak dia keja sama2. byk gak geng dia >,<" aku dalam hati ishkkk bleh ke aku bwak ni ??
aku mmg da niat nk bkak stall burger. dapat plak iklan kat paper RM1500 stall siap ngan ice blended lg. wOw!! mase aku bniaga dulu pun sbijik RM5000. mcm mane ni.. bleh bwak ke.. aku tringt la brader shril. dia yg mempositifkn aku. membetulkn aura2 teknologi sains manusia laa gitu. mengharmoni :D dia kate,, jgn kejar yg x tkejar. heumm dia ingt mcm aku xleh je. mmg pun. huhu sbab bile dia kate camtu terus aku pkir 2 kali. xde sorang pun pnah cakap kat aku gitu.
yg aku pnah dgr plak,,, "kalo nk tau potensi.. kena la amik risiko" mane satu btul ?? jeng jeng jeng. akak siti tu ade keta. dia pun cam aku gak. aku nk usha aa keta dia camne. heummm kabel putus plak.. nnti2 je la.. balik ujan lebat. dari K.Sngor smpai kat KL. x sabar nk baring atas katil. >,<" balik2 jam da pkul 6. tdo jap mlm bgn balik lpak ngan kwn2. adess. mlepak boleh aje ko nih :P ingt lpak kosong je. tbe plak org ajak bjalan. member bwak van. ramai2 aaa kami2 :P
jlan punye laaaaaaaaaaa jauh. pusing sane pusing sini. last2 seberang taman je,
lewat x lewat lpak skrg pun da lewat... aku??

Rilek Aje

08 May 2010

mcam mane aaa ??

aku diberi peluang berkursus. menjahit pemakanan kimpalan enjin henset komputer pendidikan awal kanak kanak mengecat ????
mtuk jangka masa pnjang aku nk pilih ape ??
sorng suruh henset la suruh komputer la// suruh jage baby pun ade. heheh
keliru laa. selasa ni nk kena bgtau dia.,
hurmmm
mnulis pun ade jgak. tp.. mcm x kena je. mnat jgak. tp ade ke org nk bace ?
yaaa.. setelah hati aku mnaip kat sini....
aku tau aku nk jd penulis..
ececece try aaa ape2. pikir panjang2....
aku gak hrap2 dpat memanah. cam best je sukan tuh.
amin..


rilek aje

06 May 2010

smakin hari semakin best

emm x dpat diterang dgn kata2. tp smakin hari smakin best. pnat skit aaa.
rilek aje. dalam 2,3 menjak ni rezki tu syukur alhamdulillah. aku ditawarkn sesi terapi secara percuma sebyk 6 sesi. best jgak dari boring je xde watpe.kira kalo klinik swasta nk bkak kerajaan da ttapkn yg dorang kena wat aktiviti kemasyarakatan laa.
x pndai mnaip laa.. >,<" mse kat sesi tu jgak tntukan aku lyak ke ntuk klulusan doktor mndapatkn lesen mmandu sblum ke JPJ. yg aku rsau nye ade lg 3 sesi. nnti doc tu nk buat medical report ke rupanye isap ganja. mmpus aku. msti segan ngan dia >,< hrap2 bnda camtu x jd aaa. tp ni msalah aku jgak xmo benti2 adeshhhh///

rilek ajeee.......

O__________O

02 April 2010

penggunaan "syin" dan "tsa" dalam bahasa jawi.

buah cempedak di luar pagar.
ambil segalah tolong jolokkn.
sy budak bru blaja.
kalo salah tlong tnjukkn
;)

13 March 2010

o___o

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus Cannabis. Pokok ini ditanam oleh manusia untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.

SEJARAH KANABIS

Rekod Maharaja Shen Nung di Negeri China yang dikatakan tertulis dalam tahun 2737 sebelum Masihi menunjukkan bahawa pokok Kanabis(‘Ma’) ditanam untuk dijadikan bahan membuat kain. Para tabib China juga menggunakan getah kanabis untuk mengubati penyakit seperti sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah Cina bernama Hua Ta telah menggunakan bahan ini sebagai ubat pelali pada akhir kurun kedua selepas Masihi.

Di Timur Tengah perkataan kanabis dikatakan berasal daripada istilah Assyria ‘kunubu’. Pada kurun kelima sebelum Masihi, ahli sejarah Greek bernama Herodotus mencatatkan bahawa terdapat puak-puak nomad di kawasan yang sekarang merupakan sebahagian dari Rusia yang menanam kanabis dan menghisapnya untuk keseronokan.

Rekod-rekod awal dari negeri India, umpamanya "Sasruta" yang ditulis dalam tahun 400 Masihi, menyatakan kegunaan kanabis dan bentuk kanabis yang telah digredkan. ‘Bhang’ - gred paling rendah digunakan oleh kasta bawahan untuk membuat minuman. ‘Ganja’ gred yang lebih kuat dihisap oleh kasta pertengahan, sementara ‘Charas’ gred paling kuat dimakan bersama kacang dan madu oleh kasta yang lebih tinggi. Orang-orang Arab dikatakan menggunakan kanabis sebagai ganti alkohol. Kanabis diperkenalkan ke negara-negara Amerika oleh orang-orang Sepanyol yang menggunakan kanabis selepas peperangan dengan orang-orang Moor.

Di Amerika Syarikat, George Washington telah menanam kanabis untuk mendapatkan jerami di ladangnya di Mount Vernon dalam tahun 1765. Beliau dipercayai mengetahui akan kesan-kesan kanabis yang mengkhayalkan.

Di Britain pula, kanabis digunakan sebagai ubat. Ia telah disenaraikan dalam British Pharcamacopoeia dari tahun 1867 hingga 1949 sebagai salah satu bahan yang dicampurkan dengan kloroform dan morfin. Dalam tahun 1934, ia digunankan untuk merawat sakit lelah(asthma), pening kepala (migraine) dan sebagai ubat tidur. Pada tahun 1960-an, kanabis dikaitkan dengan kebudayaan hippi yang mengamalkan cara hidup bebas.



JENIS-JENIS KANABIS

Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.

Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil, serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok, asal usul, serta iklim, dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa. Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis bergantung kepada kandungan THCnya.

Kanabis terdapat dalam bentuk seperti berikut:-

1. Kanabis Herba

Ianya dikenali sebagai Ganja, Marijuna/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25% - 8%.

2. Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)

Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan/ dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk (powdery block) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4% - 12%. Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.



3. Minyak Hashish

Minyak hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC adalah sangat tinggi (sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.



KESAN PENGGUNAAN GANJA

Menghisap ganja mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. Perasaan high berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi. Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal.

Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24 bulan). Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC, bahan kimia lain(yang menyakiti paru-paru) serta racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia.

Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronkitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja. Selain daripada itu, penyakit laryngitis, lelah(asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga dilaporkan. Ganja mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang menghidap penyakit jantung. Ganja juga mempunyai kesan ke atas sistem pembiakan.

1. Lelaki

Penghisapan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testosterone merosot. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambah sperma yang cacat atau tidak normal. Bukti menunjukkan bahawa ini mungkin menyebabkan pembentukkan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.



(ii) Perempuan

Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan di kalangan perempuan. Di antara kesan ini ialah seperti berikut:-

-kedatangan haid yang tidak menentu

-kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari

-melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir

-Pemindahan kanabinoid daripada ibu kepada bayi

Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat. Bayi-bayi ini mengalami kecacatan fizikal sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung. Bayi-bayi ini mengalami berbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada di bawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

Ganja mempunyai kesan buruk ke atas personaliti seseorang penagih ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebabkan seseorang itu mengasingkan diri daripada keluarga dan bergaul hanya di kalangan penagih ganja. Perubahan yang paling ketara pada penghisap ganja ialah sikap tidak peduli, kurang motivasi dan tidak mengambil berat akan masa hadapan mereka.

Ganja merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan,dan pengiraan. Ia melemahkan daya tumpuan, keupayaan mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah kompleks, kebolehan mengatasi ketegangan, dan berfikir secara abstrak. Ganja juga melemahkan daya ingatan.

11 March 2010

aku yg salah.

sbnar nye aku yg salah faham. >,< "Allah xkn mnduga seseorang tu melebihi tahap kemampuan beliau". aku pun slalu kdg x sihat gak. kalo da teruk sgt tu aku siap leh gelak lg. hahahah best x aku.
dalam ati "wow hebatnye dugaan kau." bukan mksud aku mncabarNya. jauh skali
kdg2 saje nk tau lg tahap kebolehan aku trima dugaan. rupanye aku silap. aku berserah tnpa buat ape2 kat situ. lg satu aku ni suke bermonolog dgn diri sendiri, bukan aku gila. hahaha. mcam berdebat dgn diri sendiri laaa. mase aku debat2 tuh dgn diri sendiri, satu hari tu aku tlintas plak kat fkiran aku. slalu kalo org abis berucap msti dia cakap "yg buruk tu sume dari sy, yg baik tu sume dari Allah" pastu aku pun pikir dalam2. korang paham x ape aku cuba smpai kn kat sini ?? adess la hahah :P