Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus Cannabis. Pokok ini ditanam oleh manusia untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.
SEJARAH KANABIS
Rekod Maharaja Shen Nung di Negeri China yang dikatakan tertulis dalam tahun 2737 sebelum Masihi menunjukkan bahawa pokok Kanabis(‘Ma’) ditanam untuk dijadikan bahan membuat kain. Para tabib China juga menggunakan getah kanabis untuk mengubati penyakit seperti sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah Cina bernama Hua Ta telah menggunakan bahan ini sebagai ubat pelali pada akhir kurun kedua selepas Masihi.
Di Timur Tengah perkataan kanabis dikatakan berasal daripada istilah Assyria ‘kunubu’. Pada kurun kelima sebelum Masihi, ahli sejarah Greek bernama Herodotus mencatatkan bahawa terdapat puak-puak nomad di kawasan yang sekarang merupakan sebahagian dari Rusia yang menanam kanabis dan menghisapnya untuk keseronokan.
Rekod-rekod awal dari negeri India, umpamanya "Sasruta" yang ditulis dalam tahun 400 Masihi, menyatakan kegunaan kanabis dan bentuk kanabis yang telah digredkan. ‘Bhang’ - gred paling rendah digunakan oleh kasta bawahan untuk membuat minuman. ‘Ganja’ gred yang lebih kuat dihisap oleh kasta pertengahan, sementara ‘Charas’ gred paling kuat dimakan bersama kacang dan madu oleh kasta yang lebih tinggi. Orang-orang Arab dikatakan menggunakan kanabis sebagai ganti alkohol. Kanabis diperkenalkan ke negara-negara Amerika oleh orang-orang Sepanyol yang menggunakan kanabis selepas peperangan dengan orang-orang Moor.
Di Amerika Syarikat, George Washington telah menanam kanabis untuk mendapatkan jerami di ladangnya di Mount Vernon dalam tahun 1765. Beliau dipercayai mengetahui akan kesan-kesan kanabis yang mengkhayalkan.
Di Britain pula, kanabis digunakan sebagai ubat. Ia telah disenaraikan dalam British Pharcamacopoeia dari tahun 1867 hingga 1949 sebagai salah satu bahan yang dicampurkan dengan kloroform dan morfin. Dalam tahun 1934, ia digunankan untuk merawat sakit lelah(asthma), pening kepala (migraine) dan sebagai ubat tidur. Pada tahun 1960-an, kanabis dikaitkan dengan kebudayaan hippi yang mengamalkan cara hidup bebas.
JENIS-JENIS KANABIS
Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.
Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil, serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok, asal usul, serta iklim, dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa. Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis bergantung kepada kandungan THCnya.
Kanabis terdapat dalam bentuk seperti berikut:-
1. Kanabis Herba
Ianya dikenali sebagai Ganja, Marijuna/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25% - 8%.
2. Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan/ dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk (powdery block) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4% - 12%. Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.
3. Minyak Hashish
Minyak hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC adalah sangat tinggi (sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.
KESAN PENGGUNAAN GANJA
Menghisap ganja mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. Perasaan high berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.
Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi. Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal.
Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24 bulan). Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC, bahan kimia lain(yang menyakiti paru-paru) serta racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia.
Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronkitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja. Selain daripada itu, penyakit laryngitis, lelah(asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga dilaporkan. Ganja mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang menghidap penyakit jantung. Ganja juga mempunyai kesan ke atas sistem pembiakan.
1. Lelaki
Penghisapan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testosterone merosot. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambah sperma yang cacat atau tidak normal. Bukti menunjukkan bahawa ini mungkin menyebabkan pembentukkan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.
(ii) Perempuan
Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan di kalangan perempuan. Di antara kesan ini ialah seperti berikut:-
-kedatangan haid yang tidak menentu
-kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari
-melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir
-Pemindahan kanabinoid daripada ibu kepada bayi
Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat. Bayi-bayi ini mengalami kecacatan fizikal sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung. Bayi-bayi ini mengalami berbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada di bawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.
Ganja mempunyai kesan buruk ke atas personaliti seseorang penagih ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebabkan seseorang itu mengasingkan diri daripada keluarga dan bergaul hanya di kalangan penagih ganja. Perubahan yang paling ketara pada penghisap ganja ialah sikap tidak peduli, kurang motivasi dan tidak mengambil berat akan masa hadapan mereka.
Ganja merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan,dan pengiraan. Ia melemahkan daya tumpuan, keupayaan mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah kompleks, kebolehan mengatasi ketegangan, dan berfikir secara abstrak. Ganja juga melemahkan daya ingatan.
13 March 2010
11 March 2010
aku yg salah.
sbnar nye aku yg salah faham. >,< "Allah xkn mnduga seseorang tu melebihi tahap kemampuan beliau". aku pun slalu kdg x sihat gak. kalo da teruk sgt tu aku siap leh gelak lg. hahahah best x aku.
dalam ati "wow hebatnye dugaan kau." bukan mksud aku mncabarNya. jauh skali
kdg2 saje nk tau lg tahap kebolehan aku trima dugaan. rupanye aku silap. aku berserah tnpa buat ape2 kat situ. lg satu aku ni suke bermonolog dgn diri sendiri, bukan aku gila. hahaha. mcam berdebat dgn diri sendiri laaa. mase aku debat2 tuh dgn diri sendiri, satu hari tu aku tlintas plak kat fkiran aku. slalu kalo org abis berucap msti dia cakap "yg buruk tu sume dari sy, yg baik tu sume dari Allah" pastu aku pun pikir dalam2. korang paham x ape aku cuba smpai kn kat sini ?? adess la hahah :P
dalam ati "wow hebatnye dugaan kau." bukan mksud aku mncabarNya. jauh skali
kdg2 saje nk tau lg tahap kebolehan aku trima dugaan. rupanye aku silap. aku berserah tnpa buat ape2 kat situ. lg satu aku ni suke bermonolog dgn diri sendiri, bukan aku gila. hahaha. mcam berdebat dgn diri sendiri laaa. mase aku debat2 tuh dgn diri sendiri, satu hari tu aku tlintas plak kat fkiran aku. slalu kalo org abis berucap msti dia cakap "yg buruk tu sume dari sy, yg baik tu sume dari Allah" pastu aku pun pikir dalam2. korang paham x ape aku cuba smpai kn kat sini ?? adess la hahah :P
Subscribe to:
Comments (Atom)
